Saturday, July 20, 2019

Adik Depression Disayangi Ramai

Okay. Assalamualaikum semua. Sejujurnya aku banyak pengalaman berhadapan pesakit mental illness ni. Tapi hari ini aku nak kongsikan satu kisah tentang seorang adik junior aku yang bertarung dengan sakit mental illness iaitu depression. 

Adik ini aku namakan Sara. Sara aku kenali dia waktu semester pertama lagi di mana aku adalah satu kelas dengan dia. Masuk semester kedua dan keatas aku dah tak pernah berjumpa dengan dia lagi. Walaubagaimanapun, disebabkan zaman sekarang ini teknologi begitu pantas, so aku dapat ikuti perkembangan dia melalui whatssapp status. Dia ni rakan kelas yang normal dan ceria semasa aku kenal dia dulu. 

Semakin meningkat semester, aku perasan dia rajin update status sedih dan kecewa. Tak kurang jugak dia ada share status berkaitan mental illness awareness berkali-kali. Aku waktu tu tak adalah sangsi di mana aku beranggapan biasalah orang share tentang mental illness awareness ni. Tapi, ada satu hari dia buat pengakuan dia sedang bertarung dengan depression. Allahu, aku agak terkejut juga waktu tu masa tahu tu. Dan semakin lama semakin keraplah dia meluahkan rasa yang dia tanggung akibat daripada sakit ini. 

Memang banyak perubahan yang terjadi pada dia, sebab aku semakin kerap terserempak dan ada satu kelas dengan dia di akhir semester aku ini. aku perasan riak wajahnya nampak sugul, kelihatan dia tidak senang bergaul seperti dahulu dan lebih mudah memencilkan diri. 

Namun, apa yang aku perasan tentang adik ini. Dia amat disayangi rakan sekelas dia malahan rakan sekelas dia amat ambil berat tentang dia. Kalau dia perlukan apa-apa pertolongan sekalipun ada sahaja yang respond untuk bantu dia. Tiada sedikit pun keluhan malahan pulauan daripada rakan sekelas dia. Hebat bukan. Aku tak tahu nak cakap sama ada persekitaran rakan sekelasnya yang positif atau adik ini memang baik orangnya. Tapi aku rasa kedua-duanya pun iya juga. 

Sebab apa, biarpun adik ini menanggung sakit kemurungan tapi dia juga tidak lekang hulurkan bantuan pada rakan kelas dia. Mana aku tahu? Aku tahu melalui whatsapp status rakan sekelas dia yang mengucapkan terima kasih serta kata-kata seperti "sayang ketat-ketat, I Love You" kepada adik ini, dimuat turun di whatsapp status kawan-kawan dia. Menampakkan peribadi dia yang suka menolong orang. 

jadi di sini sebenarnya aku rasa dia ni seorang yang hebat. Biarpun dia tahu dia sakit, tapi tidak sekali dia biarkan diri dia dimakan perasaan kemurungan, malahan turut mempamerkan sikap positif kepada rakan-rakannya biarpun dia sedang bertarung. 


Dari dia aku belajar sesuatu, kebaikan akan dibalas dengan kebaikan kelak. Bila mana kita tetap terus berbuat kebaikan, dan suatu hari kita diuji dengan kesakitan, Allah akan datangkan kebaikan juga kepada kita untuk membantu kita berhadapan dengan kesulitan. Sebagai contoh adik ini. Aku yakin adik ini baik, disebabkan itu dalam dia menanggung kemurungan, Allah datangkan rezeki support dari rakan sekelas, rakan-rakan yang baik dan pensyarah yang memahami. Di mana persekitaran sebegini amat penting untuk mereka yang berhadapan dengan mental illness.


Jadi, siapa kata penghidap mental illness ini dikalangan mereka yang bermasalah? 
hmmmmmm,,, penipuanlah semata-mata dakyah tersebut.

No comments:

Post a Comment