Saturday, July 20, 2019

Housemateku Bipolar


Berbalik pada tajuk aku, iya aku pernah ada housemate Bipolar disorder sebelum ini. Macam mana aku boleh katakan dia menghidap bipolar kerana semua petanda ada pada dia dan salah seorang housemateku yang lain merupakan pelajar jurusan berkaitan perubatan. 

Sejujurnya pada awal aku terserempak dengan dia masa mula-mula masuk rumah waktu semester kedua sumpah aku cakap "lawa Giler" dia. Aku terpegun masa tu tengok dia dan dia tak sombong pun. 

Satu perkara ganjil yang terjadi bila waktu malam aku dan roomate aku terdengar orang hentak kerusi kuat sangat dari dalam bilik dia. Waktu tu aku dan roomate nak tidur. Tiba-tiba kitorang terdengar hentakan kerusi yang kuat. Disebabkan rasa takut aku dan roomate cepat-cepat tidur. keesokan harinya semua housemate macam biasa bertegur sapa dan ceria seperti biasa. 

Namun, malam berikutnya kami terdengar lagi bunyi hentakkan kuat dalam bilik dan terdengar orang menjerit, menyumpah seranah. Waktu tu aku dan roomate terkejut dah dan kami putuskan untuk keluar bilik dan mengikut arah suara tersebut. Jelas sekali kedengaran orang menjerit-jerit dengan suara yang menggerunkan dan terdengar hentakan barang di dalam salah satu bilik di rumah kami. Aku namakan housemate aku yang menghidap bipolar ni sebagai Ain. Waktu ini kami memang terkejut dah. Dengan perlahan-lahan kami mengundurkan kaki kembali ke bilik kami. terdiam antara satu sama lain. 

Ain di hadapan kami sangatlah normal seperti orang lain. Biliknya cantik dihiasi warna pink dan sangat bersih, orangnya suka tersenyum dan baik. Seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku dia meneruskan kehidupan seperti orang biasa. 

Biarpun begitu, waktu malam kami jarang sekali kami dapat tidur lena. Tiap malam pasti mendengar tangisan Ain, Sumpah seranah Ain malah ada satu malam kami mendengar orang sedang mengalihkan perabot di dalam bilik. Iya, memang betul Ain mengalihkan perabot-perabot di dalam bilik itu sebab kami lihat susun atur perabot telah pun bertukar keesokan hari. Siang hari dia seperti biasa kelihatan bersahaja. hanya bila mana dia keseorangan sahaja dia akan bertukar watak seakan bengis. 

Panjang-panjang aku cerita ini, ada tak kami semua berusaha membantu dia? Ada. jangan risau. Ada. Kami satu rumah berbincang dan sepakat untuk bantu Ain, hatta dengan melemparkan senyuman biasa sekalipun untuk sebarkan aura positif. Sebabnya orang sakit sebegini amat memerlukan persekitaran yang positif. 

Sebagaimana pesakit mental illness yang lain, Ain juga amat susah untuk didekati dan lebih banyak membuat hal sendiri. jadinya, kami tidak begitu drastik mendekati dia. Bagi kami lebih elok bertegur sapa dan berbalas senyuman supaya dia merasa selesa. 

Namun, satu perkara yang bagi kami agak menyedihkan pada dia bila mana di waktu hujung semester keadaan dia semakin teruk. Semakin kasar dan agresif dengan sumpah seranahnya sampai satu tahap aku tidak pasti itu keluarganya ataupun rakan baiknya yang datang menumpang ke rumah kami bagi menemani Ain. Alhamdulillah ada juga inisiatif lain untuk membantu dirinya, mungkin kerana orang yang rapat dengannya tahu akan sakit yang dia tanggungi. 

Benda ini berlarutan hinggalah kami habis semester kedua dan aku juga tidak pernah lagi berjumpa dengan Ain. Aku berharap Ain boleh sembuh dan kawal penyakitnya agar hidupnya kembali normal.

Untuk para pembaca, sekiranya kau berhadapan dengan pesakit mental sama ada kemurungan atau bipolar, jangan menghukum mereka dan sebarkan aura positif hatta sekadar senyuman dan sapaan sekalipun. Sebab pesakit mental selalunya amat sensitif malah mereka boleh beranggapan orang sekeliling membenci mereka sekiranya mereka merasa terancam. Jadi amat penting untuk kita terus tenang dan sebarkan sahaja aura positif. Jika pesakit mudah berkawan dan ingin berkongsi perasaan mereka, pinjamkanlah telinga kita kepada mereka. Agar mereka merasakan kurang sedikit bebanan yang ditanggungi. 

Jadi, inilah serba sedikit pengalaman aku pernah berhadapan dengan housemate pesakit bipolar. Korang ada pengalaman handle orang-orang sakit mental illness? Boleh kongsikan di sini. 

No comments:

Post a Comment